Tuesday 4 August 2009

Semak Penyata KWSP Anda (Langkah mendaftar i-Akaun KWSP)

Baru-baru ni ada sedikit masalah tentang KWSP aku. HR Manager minta aku check penyata sebab dia bagitau aku yang no. KWSP aku bagi dulu salah. Bila aku check, betapa terkejutnya sebab 4 bulan tak ada duit masuk, padahal setiap bulan 'salary' aku ditolak untuk KWSP. Yang lagi ajaibnya, KWSP untuk bulan 7 (bln lepas) ada. Bila aku refer balik pada HR Manager, dia bagitau memang company dah bayar, tapi mungkin sebab masalah no. KWSP aku salah sebelum ni, dan dia akan uruskan semuanya.

Daripada pengalaman, aku cadangkan kawan-kawan create la i-akaun KWSP supaya kita boleh semak penyata dan berurusan secara online saja. Jadi jika timbul sebarang masalah, sekurang-kurangnya kita boleh baiki sebarang kesilapan secara pantas. Di bawah adalah langkah untuk mendaftar i-Akaun melalui Kiosk Pintar KWSP.
Maklumat ini aku dapat daripada laman web KWSP untuk pengetahuan bersama.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar i-Akaun;
1) Lawati Kiosk Pintar atau Kaunter di pejabat KWSP untuk mencipta Kod Pengaktifan anda.
2)Layari laman web KWSP untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah anda cipta sebelum tamat tempoh

Laman web KWSP, klik di sini.

Lokasi Kiosk Pintar di seluruh negara; klik di sini.
Cara menggunakan Kiosk Pintar; klik di sini.