Friday 27 January 2012

Aisya & Ibu Menulis

Pengalaman mengandug dan membesarkan anak pertama merupakan sesuatu yang sungguh bernilai bagi saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rezeki pemberian Allah serta pengalaman yang sungguh mengujakan. Sudah tentu mengujakan bagi insan yang melahirkan anak pertama. Melihat perkembangan bayi dari hari ke hari membuatkan hati ingin menitipkan kenangan itu agar tidak akan dilupakan begitu sahaja.  Malah blog ini mungkin dapat menjadi manfaat kepada orang lain terutama yang bakal melahirkan anak pertama atau yang sedang membuat persediaan menjadi seorang ibu.

Sebelum ini saya mempunyai sebuah blog peribadi dan sudah mempunyai ramai kenalan blog. Tetapi, disebabkan faktor keselamatan keluarga, saya terpaksa memadam blog tersebut. Sudah tentu perasaan rindu menulis membuak-buak di hati kerana menulis itu dunia saya. Perasaan sedih terpaksa meninggalkan kawan-kawan blog dan kenalan memang tidak dapat saya gambarkan.

Kini saya muncul lagi dengan penulisan gaya baru tetapi mungkin dapat dibaca oleh sesetengah kawan. Saya berharap agar artikel yang saya tulis akan menjadi sumber perkongsian ilmu serta menjadi kenangan untuk bayi saya apabila besar kelak.

Salam perkenalan daripada saya, Aisya.


Tuesday 24 May 2011

Karipap

Sebelum kongsi resepi karipap ni nak bebel dulu. Saya menghilangkan diri seminggu lebih ni sebab kononnya nak terminate broadband. Saya ingat tak dah stop pakai tak da la masuk bil lagi. Rupa-rupanya tidakkk.Kena call cepat2 ikut tarikh bil masing-masing. Macam kes saya dah terlepas seminggu tarikh bil saya. Rugi tuu..Jadi daripada saya bayar tapi tak guna baik saya bayar dan guna sampai cukup tarikh bil, lepas tu cepat-cepat terminate.

Kepada sesiapa yang nak buat karipap, di bawah ni ada resepi; saya buat dua jenis inti, kentang campur ayam perisa kari, dan sardin. Saya bagi juga resepi inti yang saya dapat daripada myresepi. Buat banyak-banyak lepas tu simpan dalam peti ais, so bila lapar keluarkan dan goreng. Sedap ni..


Bahan-bahan ;

Untuk kulit karipap

• 250g tepung gandum

• 2 sudu besar marjerin - panaskan

• garam

• air

Untuk Inti Kentang/keledek

• 5 biji kentang atau keledek ~ ikut la nak makan yang mana

• 200g daging atau ayam cincang

• setangkai daun kari dan daun sup cincang halus

• 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air

• 1 biji bwg besar

• 2 ulas bwg putih

• garam

• air

Bagi yang nak inti sardin, kat bawah resepinya;

Bahan-bahan;

• 1 Tin sardin (Ayam Brand) dilenyek

• 1 Biji bawang besar (Dihiris dadu)

• 1 Biji cili merah (Dipotong serong kacil-kecil)

• Daun sup (Diracik halus)

• Sos Tomato

• Garam

• Gula

• Perasa

• Limau nipis (Perahkan airnya)


Kat atas gambar stok karipap gajah yang saya buat simpan dalam peti sejuk. Buat beso-beso la cepat siap. Makan sebiji dah kenyang.

Lupa pulak nak bagitau cara-cara..huhu..sorry2..refer bawah;

1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin yang telah dipanaskan. Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika kelim.
2. Untuk buat inti - kentang/keledek dikupas dan dipotong dadu.

3. Blend bawang besar dan bawang putih dan tumiskan bersama daun kari hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang/keledek, ayam/daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam/daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.

4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai.
5. Masukkan inti kentang dan kelim/cetak mcm biasa.

6. Goreng dengan api yang sederhana.
SEKIAN..

Monday 9 May 2011

Vanilla Cupcakes / Kek Cawan Perisa Vanilla

Ni cerita malam Ahad. Tiba-tiba rasa tak lalu nak makan nasi. Nak makan vanilla cake. Lepas tu buka la resepi-resepi yang terkumpul dalam laptop ni. Dengan serta-merta laju ja tangan capai barang-barang buat kek ni. Maka di bawah adalah hasilnya, ada crack2 sikit kat permukaan kek, pastu berlubang-lubang.hehe. Takda topping-topping dah. Kek kosong aje..tengah makan dengan suami baru teringat nak ambik gambar. Sepatutnya ada 8 biji.



Jom kita kongsi resepi untuk yang nak rasa keenakan vanilla cupcake ni; saya ikut resepi Mamafami

Bahan-bahan;

500g tepung naik sendiri
250g butter
250g gula kastor
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh ese vanila
260ml susu segar
5 biji telur

Cara-caranya;

1. Ayak tepung naik sendiri dan serbuk penaik
2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
3.Masukkan telur ke dalam adunan yang dah kembang
4. Campurkan esen vanila
5. Masukkan tepung yang diayak berselang-seli dengan susu segar. Kalau ikut cara mamafami, permulaan mesti tepung, dan penghujung juga mesti tepung.
6. Masukkan dalam cawan kertas
7. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 22 ~ 25  minit.

Saya buat dalam kuantiti yang sikit, semua bahan saya bahagi 5. dapat la 8 biji kek cawan vanila saiz medium.

Thursday 5 May 2011

Kek Coklat

Ni kek pertama yang saya buat. Awal pagi dah mula operasi buat kek ni. Malam tadi baru pegi cari bahan-bahan untuk buat kek kat Tesco dengan suami. Kat bawah ni la hasilnya, dah dipotong sikit sebab lapar sangat pagi tadi. :) Nak tanya soalan kat orang yang expert, topping ni yang sedap guna coklat masakan jenis apa? Then macam mana nak bagi topping berkilat?

Kek Coklat Simple Je

Bahan-bahan:
180 g tepung naik sendiri
240 g butter
240 g gula kastor
4 biji telur
45 g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
100 ml susu segar

Cara:
1. Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik
2. Panaskan ketuhar sehingga 180 darjah Celsius
3. Pukul majerin dan gula sehingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik yang telah diayak
5. Masukkan susu segar
6. Bakar selama 40 hingga 45 minit

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Tuesday 4 August 2009

Semak Penyata KWSP Anda (Langkah mendaftar i-Akaun KWSP)

Baru-baru ni ada sedikit masalah tentang KWSP aku. HR Manager minta aku check penyata sebab dia bagitau aku yang no. KWSP aku bagi dulu salah. Bila aku check, betapa terkejutnya sebab 4 bulan tak ada duit masuk, padahal setiap bulan 'salary' aku ditolak untuk KWSP. Yang lagi ajaibnya, KWSP untuk bulan 7 (bln lepas) ada. Bila aku refer balik pada HR Manager, dia bagitau memang company dah bayar, tapi mungkin sebab masalah no. KWSP aku salah sebelum ni, dan dia akan uruskan semuanya.

Daripada pengalaman, aku cadangkan kawan-kawan create la i-akaun KWSP supaya kita boleh semak penyata dan berurusan secara online saja. Jadi jika timbul sebarang masalah, sekurang-kurangnya kita boleh baiki sebarang kesilapan secara pantas. Di bawah adalah langkah untuk mendaftar i-Akaun melalui Kiosk Pintar KWSP.
Maklumat ini aku dapat daripada laman web KWSP untuk pengetahuan bersama.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar i-Akaun;
1) Lawati Kiosk Pintar atau Kaunter di pejabat KWSP untuk mencipta Kod Pengaktifan anda.
2)Layari laman web KWSP untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah anda cipta sebelum tamat tempoh

Laman web KWSP, klik di sini.

Lokasi Kiosk Pintar di seluruh negara; klik di sini.
Cara menggunakan Kiosk Pintar; klik di sini.

Wednesday 24 June 2009

Misi Buat Bunga Dip (bahan dan cara membuat bunga dip)

Baru-baru ni saya rasa teramat tertarik nak buat bunga dip ni. Search punya search cara nak buat 'dia' dalam internet. Tp susah lorr nak jumpa. At last saya ada jumpa satu artikel dalam berita harian ada la cara nak buat bunga dip ni. Saya share dengan semua info yang saya dapat ni.

Bahan:
  1. Dawai (size 24 untuk kuntum bunga yang besar dan 18 untuk size yang kecik)
  2. Qdip (ada 2 jenis--->made in china denagn usa; kalau boleh beli yg made in china aku dah terkena beli made in usa, jadi cam hampeh bunga dip aku)
  3. Thinner untuk Qdip (guna untuk cairkan qdip bila dia dah terlalu pekat)
  4. Pemotong dawai
  5. Player
  6. Sand dust
  7. Rainbow dust
Cara:
  1. Bentukkan dawai ikut bunga yang kita nak buat
  2. Celupkan rangka dawai tadi dalam Qdip
  3. Tabur la sand or rainbow dust tu
  4. Keringkan (cacakkan atas span atau polisterin)
  5. Cantumkan

Sumber gambar bunga dip : http://chanteknya.blogspot.com/.